burung terbang



Saturday 31 October 2015

"LAMBAKAN SISA PEPEJAL"


Sisa pepejal merupakan bahan buangan yang paling mudah didapati dan paling banyak dihasilkan. Masalah pembuangan sisa-sisa pepejal kian ketara sejak kebelakangan ini. Isu tentang sisa pepejal ini jarang sekali diviralkan tetapi menjadi salah satu perkara yang begitu serius kerana kewujudan sisa pepejal yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Sisa pepejal yang wujud adalah meliputi sisa makanan, plastik, kertas, besi, kaca dan lain-lain. Statistik terbaru menunjukkan purata penghasilan sisa pepejal setiap penduduk di Malaysia adalah sebanyak 250 kg setahun. Daripada jumlah tersebut hanya kira-kira 2% digunakan semula manakala selebihnya ditanam di tapak pelupusan atau dibuang secara haram. 
sebuah jentera sedang mengalihkan sampah untuk pelupusan

Hal ini terjadi kerana pertambahan sumber atau punca terhasilnya sisa pepejal tersebut. Antara punca yang menyebabkan bertambahnya sisa pepejal ialah pertambahan jumlah penduduk, gaya hidup penduduk Malaysia, pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik, dan kutipan sampah yang tidak tepat pada masanya. Hal ini mengundang kepada pertambahan bilangan dan angka peratusan lambakan sisa pepejal di Malaysia. Disampin itu, Sisa pepejal yang dihasilkan setiap hari membawa kesan yang negatif terhadap alam sekitar. Sisa pepejal juga boleh menyebabkan pelbagai jenis pencemaran yang lain seperti pencemaran udara, pencemaran tanah-tanih dan pencemaran air. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar, bahkan terhadap sosial dan kesihatan manusia.

lori sampah sedang memungut sampah di setiap kediaman
Menurut Jabatan Sisa Pepejal Negara (JSPN) mendapati sisa makanan membentuk sebanyak 45 peratus daripada jumlah keseluruhan 29,000 tan sisa pepejal yang dihasilkan dalam masa sehari di negara ini. Jumlah itu merupakan hasil kajian sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini. Pertubuhan Pertanian dan Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) menganggarkan sebanyak 1.3 bilion tan sisa makanan di hasilkan setiap tahun, bersamaan jumlah pengeluaran makanan di Sub-Sahara Afrika. Malah, dalam masa sama seorang daripada tujuh manusia tidur dalam keadaan lapar. Lebih 20,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun di seluruh dunia mati akibat kelaparan setiap hari. Statistik yang menggerunkan ini sewajarnya menyedarkan kita tentang nilai makanan dari segi sosial dan ekonomi.

sebuah jentera sedang menuang sampah di tempat pelupusan
Walaupun Malaysia mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan. Antara kaedah pelupusan sampah yang digunakan adalah pembuangan sampah terbuka (open dumping), pelupusan terkawal (controlled tipping), rawatan 'leachate' dan dikambus. Kaedah pelupusan sampah jenis ini berisiko tinggi terhadap alam sekitar dan manusia di sekitar kawasan tapak pelupusan itu. Sebagai contoh, tapak pelupusan terbuka boleh memberi kesan kepada sistem tanah dan air di kawasan tersebut. Selain bau busuk, penyakit mata dan kulit juga boleh mengganggu hidup manusia di persekitaran kawasan tapak. 

Pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah berubah mengikut masa. Teknologi yang digunakan di dalam pengurusan ini juga semakin canggih. Penggunaan teknologi dan system pengurusan yang canggih adalah semata-mata untuk mencapai kualiti alam sekitar yang baik bagi negara Malaysia . Kerajaan bertanggungjawab untuk mencapai matlamat ini. Walaubagaimana pun, rakyat juga mempunyai tanggungjawab yang sama. Haruslah diingat bahawa manusia adalah khalifah di bumi ini. Oleh itu, tanggungjawab menjaga alam ini adalah tanggungjawab kita bersama. Bermula di rumah, sisa yang dihasilkan perlu diuruskan dengan baik agar pengurusan pada peringkat yang lebih tinggi menjadi mudah dan berkesan.




 KOS SARA HIDUP MASA KINI


Dewasa ini, pembangunan di Malaysia semakin rancak dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Malah, kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu menukar wajah Malaysia dalam mengejar Wawasan 2020.  Pelbagai inisiatif sedang giat dilakukan oleh Malaysia untuk menempah nama di peringkat antarabangsa antaranya ialah menerajui bakat global menerusi program tarikan bakat dan komitmen untuk menambah tenaga dan kesesuaian tempat tinggal kawasan bandar utamanya. Disamping itu, jangkaan persekitaran dasar mesra serta pertumbuhan kukuh akan berterusan melepasi 2020 dan  terus mendaki rantaian nilai termasuk membangunkan keupayaan berinovasi yang akan memacu pertumbuhan dalam produktiviti. Hal ini mungkin memberi seribu makna kepada negara malah terdapat masalah lain yang menjadi cabaran kepada seluruh rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan yang serba moden bersisihan dengan pendapatan penduduk dan kemiskinan bagi menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Bagi pihak kerajaan, menangani kos sara hidup tinggi secara mutlak merupakan perkara yang sukar dicapai berikutan keadaan ekonomi yang bersifat berubah-ubah. Namun, sebagai pengguna, isu kos sara hidup tinggi boleh dikawal agar kesannya adalah minimum. Cumanya masyarakat Malaysia khususnya golongan belia perlu mampu dan bijak membezakan antara kehendak dan keperluan harian.
Kos sara hidup yang tinggi sering menghantui penduduk Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru



Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna. Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang. Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.
Selain barangan dan makanan, satu lagi punca kos sara hidup yang tinggi ialah harga rumah dan kenderaan yang tinggi. Seorang pemaju perumahan pernah menyatakan keuntungan bagi setiap rumah banglo ialah dalam lingkungan RM30,000-RM40,000 dan ini menyebabkan pemaju perumahan lebih berminat untuk membangunkan rumah mewah berbanding rumah mampu milik kerana keuntungan yang amat tinggi.

Sekali lagi, kerajaan perlu mengawal harga rumah. Jangan sesekali membiarkan sistem pasaran bebas menguasai harga rumah di Malaysia. Itu baru bab rumah. Belum lagi kenderaan. Harga kenderaan di Malaysia juga masih tinggi berbanding luar negara sehingga ada pembeli terpaksa berhutang selama 9 tahun. Apabila habis membayarnya, kereta pun sudah tidak begitu elok. Terpaksalah membeli sebuah lagi. Jadi, terpaksalah menanggung hutang sehingga ke tua.



Tambahan lagi, Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu perkara besar yang membawa kesan mendalam kepada rakyat. Dalam keadaan inflasi yang masih tinggi secara berterusan, pelaksanaan GST akan menambah bebanan sara hidup rakyat, kadar cukai pendapatan diturunkan serta merta apabila GST diperkenalkan, lantas rakyat tidak mengalami bebanan cukai tambahan kerana sumbangan cukai dari rakyat hanya dialihkan dari cukai pendapatan kepada GST.

Apabila GST telah dilaksanakan di Malaysia, 10 juta rakyat Malaysia yang selama ini tidak layak membayar cukai terpaksa menanggung bebanan cukai baru. Ini menambah beban mereka yang terpaksa berdepan dengan persoalan gaji yang rendah, inflasi yang meningkat dan bebanan cukai yang baru.


Hakikatnya, tekanan ini bukan sahaja dirasai oleh golongan berpendapatan rendah tetapi juga bagi golongan berpendapatan sederhana. Kerajaan perlu memerangi kos
kehidupan rakyat yang tinggi dengan mengambil kira tekanan yang dirasai oleh dua golongan ini.


PENGARUH PENGGUNAAN GADJET

Perkembangan teknologi sekarang ini sangat pesat. Banyak teknologi canggih yang telah dicipta, seperti gajet. Gajet merupakan peranti elektronik kecil yang mempunyai fungsi khusus. Dalam Bahasa Melayu, gajet disebut sebagai "alat". Salah satu hal yang membezakan gajet dengan peranti elektronik lain adalah unsur "kebaruan". Hal ini kerana dari hari ke hari gadjet selalu muncul dengan menyajikan teknologi terbaru yang membuat hidup manusia menjadi lebih praktikal.  Kemajuan teknologi membuat perubahan yang begitu besar dalam kehidupan manusia dalam pelbagai bidang dan memberi kesan yang begitu besar pada nilai-nilai kebudayaan. Sekarang ini setiap orang diseluruh dunia pasti sudah mempunyai gadjet. Tak jarang kalau sekarang ini banyak orang yang mempunyai lebih daripada 1 gadjet. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.


Pengguna gadjet bukan saja dari kalangan pekerja, tetapi sekarang ini hampir semua kalangan menggunakan alat dalam melakukan aktiviti seharian. Hampir setiap orang yang menggunakan gadjet ini menghabiskan masa terluang mereka dengan melakukan aktiviti seharian lain seperti bersenam, berjoging, memancing dan sebagainya. Kecenderungan masyarakat yang hidup bergantung dengan gadjet yang dimiliki inilah yang membuat hal ini menarik dan terpengaruh untuk diteliti dan kerana peminat gadjet yang terlalu banyak. Padahal beberapa tahun yang lalu, gadjet hanya di pakai oleh golongan ternama seperti "businessman" iaitu dari kalangan menangah ke atas. Namun, pada masa kini, setiap orang sudah memiliki gadjet masing-masing tanpa mengira peringkat umur dan pekerjaan.

antara gadjet yang terdapat pada masa kini
Gadget adalah sebuah teknologi ataupun inovasi yang memiliki banyak manfaat kepada manusia. Antara salah satunya ialah dapat membantu dan mempermudah pekerjaan seseorang. Pada era teknologi yang sudah canggih ini, gadget merupakan salah satu keperluan kepada seseorang. Bermula daripada kanak-kanak dalam usia awalan tahun sehingga golongan dewasa sudah pasti mempunyai alat ini. Apatah lagi di era sekarang ini, gadget sudah berkembang dengan aplikasi yang canggih dan rata-rata yang diperlukan sudah terdapat di gadget atau apa-apa yang kita ingin lakukan juga dapat ditunaikan. Maka dari itu, ramai orang yang menggunakan gadget ini selain sebagai keperluan dalam membantu menyelesaikan pekerjaan tetapi juga untuk komunikasi serta mendapatkan informasi.
setiap orang sibuk dengan gadjet masing-masing tanpa mengendahkan orang lain
Setiap orang sibuk dengan gadjet masing-masing tanpa mengendahkan orang lain


Bukan itu sahaja tetapi gadget ini juga telah menyerap ke dalam dunia pendidikan sehinggakan pelajar lebih gemar menggunakan gadget berbanding buku. Hampir sebahagian besar pelajar mempunyai sebuah gadget. Penggunaan gadget mempunyai beberapa manfaat terutama di kalangan pelajar, salah satu daripadanya ialah sebagai e-mel. E-mel adalah salah satu kemudahan yang sering digunakan terutamanya oleh pelajar, dengan adanya gadjet,  proses pembelajaran antara pensyarah dengan pelajar lebih mudah seperti menghantar dan menerima tugasan kuliah. Di samping itu, gadget juga banyak memudahkan pelajar dalam mencari bahan-bahan rujukan kursus disamping turut memudahkan pelajar dalam melakukan sesuatu tugasan. Penggunaan gadjet membolehkan pelajar dapat melakukan kerja dengan baik dan lebih efisien. Sebagai contoh, subjek Sains Komunikasi yang perlu dikemaskini tentang berita yang sedang berlaku supaya tidak terlepas berita ini. Pelajar menggunakan alat  canggih ini untuk mengakses maklumat di mana atau bila-bila masa sahaja. Malangnya, tidak semua pelajar menggunakan alat dengan cara yang positif. Terdapat beberapa pelajar yang menyalahgunakan gadjet tersebut.
                                                                                                                                                   Kecenderungan penyalahgunaan terhadap gadget juga dapat dilihat pada mahasiswa yang tidak pernah terlepas dari gadget mereka samaada smartphone atau laptop. Lazim sekali kita selalu jumpa mahasiswa yang sentiasa membawa smartphone di tangan mereka kerana sememangnya teknologi zaman sekarang sangat canggih. Semua informasi dan hal-hal yang berkaitaan semasa atau up to date dapat diketahui dengan cepat tanpa mengira sempadan globalisasi. Segala maklumat tersebut dapat diakses dengan hanya melalui smartphone malah, kepenggunaannya juga amat dirisaukan kerana kemungkinan terdapat penyalahgunaan. Misalnya, laptop yang dibenarkan pada waktu kuliah sememangnya dimanfaag untuk keperluan kuliah, namun kadang kala disalahgunakan oleh beberapa mahasiswa untuk melakukan perkara lain seperti online untuk keperluan pribadi. 
salah satu gadjet adalah telefon pintar

       Gadjet sangat penting bagi kehidupan manusia terutamanya untuk berkomunikasi, mengisi masa terluang, menambahpengetahuan, pendidikan, perniagaan, dan lain-lain. Kebanyakkan orang selalu bergantung pada gadjet dalam melakukan suatu perkara seperti mencari maklumat tanpa merujuk kepada sumber yang lain. Hakikatnya, maklumat yang diambil dan digunakan adalah kurang tepat dan jauh daripada fakta sebenar. Disamping itu, pelajar tidak mahu kelihatan keliru dengan konsep ketinggalan zaman dan dengan adanya gadjet adalah penting bagi mereka. Pelajar-pelajar yang menggunakan gadjet adalah untuk mengekalkan reputasinya. Mereka berasa bangga apabila memiliki alat yang canggih. Kenyataan yang sebenar-benarnya berlaku adalah seseorang tidak boleh hidup tanpa gadjet dan hal ini menjadi kebiasaan sehingga berasa janggal sekiranya gadjet tidak terdapat dalam tangan.
kanak-kanak juga terpengaruh dengan penggunaan gadjet
manusia tidak boleh hidup tanpa gadjet

komunikasi dalam keluarga tidak wujud disebabkan penggunaan gadjet tersebut

Monday 5 October 2015

KESESANGRAAN  HIDUP  ETNIK  ROHINGYA


Etnik Rohingya merupakan kaum minoriti di Myanmar dan Bangladesh, kebanyakan tidak mempunyai kewarganegaraan yang sah. Jumlah penduduk menurut taksiran PBB mencapai kira-kira 1.3 juta orang dan kebanyakan bermukim di negara bahagian Rakhine yang tergolong paling miskin di Myanmar. Minoriti Rohingya beragama Islam, sementara majoriti warga Myanmar beragama Buddha.Walau sudah bermukim di Myanmar selama beberapa generasi, anak cucu keturunan Rohingya tetap dipandang sebagai pelarian haram dari negara jiran Bangladesh, Di pihak lain, Bangladesh juga tidak mengiktiraf mereka sebagai warga negaranya. Masa ini terdapat kira-kira 300,000 warga Rohingya di Bangladesh, terutama di kawasan sempadan ke Myanmar.

Dalam posting saya kali ini ingin membincangkan tentang kes manusia perahu dari Myanmar iaitu Rohingya. Masyarakat Rohingya berasal dari negara Myanmar dan Bangladesh yang terdampar pada laut lepas. Dijumpai oleh nelayan-nelayan dan kapal-kapal yang melalui Laut China Selatan dan Lautan Hindi akhirnya dibawa ke negara terdekat seperti di bahagian Asia Tenggara. Indonesia khususnya Aceh dan Malaysia menjadi negara yang menerima pelarian Rohingya. Para pelarian Rohingya tidak mempunyai kewarganegaraan yang sah sehingga mendapat diskriminasi saat mencari pekerjaan, mendapatkan hak yang mereka perlukan dan melaksanakan kewajipan yang ditetapkan oleh negara mereka bermastautin. Mereka ditempatkan di kem pelarian di Aceh Timur dan Binjai, Sumatera Utara.

Rohingya dan pendatang Bangladesh
 sedang menunggu di atas sebuah bot nelayan.
Sedikit info, antara warga minoriti Muslim Rohingya dengan majoriti Buddhis di negara bahagian Rakhine di Myanmar makin memburuk menjadikan etnik Rohingya menjadi terpinggir sehingga mereka melakukan pelayaran untuk mencari suaka dan perlindungan. Minoriti Rohingya beragama Islam, sementara majoriti warga Myanmar beragama Buddha. Selain itu, kes perdagangan manusia kerap terjadi di antara masyarakat Rohingya yang didalangi penjahat penyeludup manusia. Banyak yang terjerat sindiket penyeludup manusia dari Thailand. Dengan bayaran cukup tinggi hingga 1,500 US Dollar per orang, para pelarian Rohingya itu kemudian ditampung di kem sementara berhampiran sempadan ke Malaysia. Inilah jalur "trafficking" tradisional para pedagang manusia.

Jika bernasib baik, mereka boleh melintas ke Malaysia dan mencari pekerjaan di sana, seperti kira-kira 30,000 warga Rohingya yang beruntung. Jika naas, para pelarian ini mati dibunuh penjahat penyeludup manusia. Negara ASEAN tengah mendalami kes penyeludupan manusia khususnya dilakukan kepada etnik Rohingya. Persoalannya, tragedi kemanusiaan Rohingya terus terjadi, adakah lebih baik jika bubarkan saja ASEAN?. Negara-negara ASEAN diminta segera mencari solusi terkait pengungsi Rohingya. Fenomena Rohingya merupakan tragedi kemanusiaan yang sangat memprihatinkan. Dikatakan dia, penolakan atas kehadiran imigran Rohingya oleh berbagai negara di Asia membuat nasib mereka semakin  tidak menentu. Mereka sangat terpaksa keluar dari wilayahnya, berhari-hari terapung di tengah lautan sebab sudah tidak ada lagi jaminan keamanan. Penganiayaan dan pembunuhan terus menimpa umat Muslim minoritas di Myanmar sehingga peristiwa demi peristiwa kemanusiaan yang terjadi di Rohingnya menandakan kelembagaan ASEAN tidak efektif dalam berkoordinasi. Kalau seperti ini terus bubarkan saja ASEAN.

 Antara cerita yang sangat menyayat hati untuk mendengarnya ialah berita tentang kematian anak berusia 15 tahun yang bernama Nur Husein disiksa oleh penjahat penyeludup manusia hingga meninggal dunia. Padahal orang tuanya sudah memberikan wang tebusan kira-kira 150,000 Taka Bangladesh bersamaan RM8571.96 ringgit Malaysia. Ia diculik dari Thailand dibawa ke Malaysia. Selepas ditemui oleh polis Malaysia dan dibawa ke rumah sakit oleh pelarian Rohingya di sempadan Malaysia, rumah sakit tidak menerima pesakit kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap. Ini adalah salah satu contoh fenomena manusia yang berusaha berjuang bertahan hidup selepas lari dari kekejaman Buddha Myanmar dan masuk dalam jeratan kebiadaban mafia perdagangan manusia.

Dari uraian yang dijelaskan, makna yang dapat diambil adalah kita tidak boleh mendiskriminasi suatu kaum walaupun dari beza bangsa, agama, suku dan adat istiadat. Walaupun mereka menjadi minoriti tidak ada salahnya jika mereka bersatu dengan kaum majoriti agar terciptanya kedamaian dan tidak ada perselisihan di antara mereka. Memang negara Myanmar tidak menganut semboyan Bhinneka Tunggal Ika namun dapat digaris bawahi bahawa persatuan itu penting dan saling menghormati amat umat beragama untuk mewujudkan suasana damai dan sejahtera. Saya akhiri coretan ini dengan sebuah lagu khas untuk semua etnik rohingya.


Selamat Malam Rohingya - Sahabat

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

Selamat malam
         Rohingya
Meski lenamu
        disisi mayat
Jangan menangis
        sahabat
Ini Tuhan
        mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahtera lah selalu

Selamat malam Rohingya
Esokkan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu disisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu.

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu

Sejahteralah selalu. Sekian dari postingan saya, Semoga Bermanfaat.
Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.