burung terbang



Sunday 26 May 2013

ATASi MENGANTUK KETiKA BELAJAR


Ramai yang menyalahkan buku dengan mengatakan ia bosan. Ada juga yang menyalahkan suasana bilik yang terlalu sejuk atau amat panas. Tidak kurang juga yang menuding jari kepada guru, kononnya tidak bijak mencungkil minat untuk kita belajar. Apa pun alasan, masalah mengantuk ini mesti diatasi. Jika tidak, apa yang telah ditelah ditelaah pasti tidak diperoleh, sia-sia segala maklumat dan pasti kita tidak beroleh manfaat. 





1. MAKAN TERLALU BANYAK SEBELUM TIDUR
   Betul, makanan membekalkan tenaga. Tetapi makanan terlalu banyak bakal menghabiskan tenaga di otak dek kerana badan menumpukan kepada proses penghadaman makanan tersebut. Dengan kata lain, andai makan berlebihan sebelum belajar, minda seperti tidak bersedia untuk belajar dan ini yang menyebabkan mengantuk.

2. TIDUR YANG TIDAK CUKUP
   Semua orang tahu tentang hal ini tetapi ramai yang tidak ambil peduli. Ramai antara kita suka belajar sehingga larut malam dengan alasan untuk belajar dengan penuh tekun dan fokus. Akhirnya, hari esok menjadi hari huru-hara. Mana tidaknya, solat subuh terlewat, terpaksa pula bergegas untuk bersiap ke sekolah., suasana pagi yang tenang bertukar menjadi kelam kabut dan akhirnya hari bemula dalam keadaan yang negatif. Tekanan "menghodohkan" semangat juang dan tidak cukup dengan itu, apabila mula mengadap buku, mulalah mengantuk.

3. TIDUR YANG TIDAK CUKUP-CUKUP
   Bunyi yang number 2 tadi macam nak sama tapi lain cikit. Fenomenanya ini agak pelik tetapi ramai juga orang yang terjebak dengan masalah ini. Asal ada masa terluang ja, mesti nak tidur. Dan yang lebih syahdunya, apabila ada yang menggunakan alasan untuk 'khailulah' apa tu?? 'tidur sekejap sebelum zohor'...Malangnya, siapa 'berkhailulah' sampai ke lewat asar! Ini menyebabkan kitaran waktu rehat dalam tubuh menjadi keliru. Akibatnya anda akan mengantuk tanpa mengikut waktu apatah lagi tatkala mata mengadap buku!


4. MAKAN SEKADAR KEPERLUAN
   Mengikut sunah Nabi ketika makan mengatakan "makanlah ketika lapar dan berhentilah ketika kenyang" insya-Allah sedikit membantu memberi fokus terbaik ketika belajar. Sebagai peringatan, jangan ambil asam atau jeruk, dengan itu sebenarnya sedang mengurangkan juga kekuatan memori dan daya fikir..




5. JAGA MASA TIDUR
   Allah meciptakan tidur itu untuk merehatkan badan. Maka apabila sampai masa untuk tidur, tidurlah dengan selesa. Jangan terlebih ataupun terkurang. Tidur yang baik adalah mengambil masa selama  6 jam hingga 8 jam sehari. Tak payah la sangat bersengkang mata dengan alasan untuk belajar kerana waktu sebegitu, sebenarnya rehat yang secukupnya untuk hari esok yang lebih positif dan bersemangat. Takut nanti bukannya nak membaca sangat tetapi sekadar melihat buku sahaja..

6. TIDUR APABILA TERLALU MENGANTUK
   Apabila terlau mengantuk kerana terlalu penat melakukan sesuatu, maka tidurlah sebelum duduk di meja studi. Cuma bagi yang mengantuk tanpa alasan yang kukuh, apa kata cuba kaedah ini. Tidur tetapi tidak perlu untuk berbaring, sekadar tidur menongkat dagu di meja studi. Pejamkan mata. Insya-Allah, apabila tangan sudah tidak mampu menongkat kepala dan sudahnya pasti terganggu dengan insiden itu. Insya-Allah, insiden itu akan membuatkan mata menjadi bulat semula. Tambahan pula apabila mata dibuka, kita terlihat buku dan tugasan diatas meja.

7. BELAJAR DENGAN AKTIF
   Dengan kata lain, elakkan membaca dengan menggunakan mata. Ops, so nak guna apa?? Gunakan mata untuk melihat, mulut untuk membaca dengan kuat, tangan untuk mencatat atau menggariskan isi penting dan kaki untuk bangun sambil studi ketika mula boring. Insya-Allah dapat mengatasinya dengan sempurna.

8. BERDOA
   Last of all, berdoa dan merayu kepada yang maha esa sudah semestinya menjadi pendinding yang utama untuk merayu dan meminta pertolongan agar diberikan tenaga dan semangat untuk belajar tanpa sebarang gangguan terutamanya masalah mengantuk ini. Insya-Allah  kita akan dapat mengatasi masalah ini. 




#Belajar bukan nak kuantiti sangat tetapi yang kita mau adalah kualiti belajar....study hard but not too hard OR study smart not hard...peace :) 






Friday 24 May 2013

SAYA PERLU DAN MAHU BERUBAH!!

ASSALAMUALAIKUM kepada pembaca yang disayangi semua. Masya-Allah kali pertama bertemu memang teruja, walaupun pertemuan kita cuma dalam tulisan. Namun saya pasti sedikit sebanyak dengan tulisan dari hati akan ada ukhuwah yang lahir antara kita. Insya-Allah....





>BERSEDIA BERUBAH<

          Sejujurnya apabila orang tanya bagaimana mahu berubah, jawapannya begini: 'Saya juga masih merangkak dan bertatih, sama sahaja seperti anda semua.' Jadi, apa yang patut dilakukan? Pertama, perlulah letakkan Allah s.w.t. dan kemahuan diri sendiri di tangga teratas. Itulah yang menentukan kejayaan perubahan diri yang berterusan. Tanya kepada diri betapa seriusnya kita mahu berubah. Adakah kita sudah sanggup meninggalkan segala kejahatan dan dosa? Apakah perkara yang kita perlu, bukan mahu? Tenungkanlah lama-lama dan mulakan langkah tersebut.
          Adakah kita bersedia untuk menggantikan kemungkaran itu dengan nikmat kemanisan iman dan ketenangan jiwa? Tanya kepada diri 100 kali sehari setiap hari. Jika tidak bersedia, mengapa? Apa yang perlu lakukan? Apa halangannya? kaji diri sendiri lebih baik daripada sibuk mengkaji orang lain.
          




>KUMPULAN SOKONGAN<

          Benar, banyak perkara sukar dilakukan jika bersendirian. 'Support Group' sebenarnya sangat penting. Seperti mereka yang mahu tabiat minum arak di barat, kumpulan 'Alcoholic Anonymous' memberi sokongan dan dorongan kepada mereka. Sudahkah kita membentuk sokongan kumpulan sokongan untuk membantu mereka yang benar-benar mahu berubah? Sedih kerana kadangkala sebaliknya berlaku. Apabila ada yang mahu berubah kerana perubahan itu kecil atau belum cukup sempurna, semakin banyak syarat, arahan, kata sinis dan perlia diberikan.
          Kepada yang mahu berubah pula, ada ramai manusia diluar sana yang sudi membantu. Usah duduk diam di dalam kamar sendiri, seperti juga urusan jodoh dan rezeki yang tidak datang bergolek. Hadiri kuliah dan dapatkan rakan baru supaya diri lebih kuat melawan seribu satu godaan. Hakikatnya, kita sentiasa memerlukan antara satu sama lain kerana peringatan itu berguna untuk orang beriman.



luahan:"setiap hari dalam hati aku ini selalu memainkan perasaan untuk berubah, bahkan aku sendiri sedar bahawa setakat hanya sedar dari hati sahaja tetapi tiada perbuatan tak berguna jugak. tetapi aku terus mencuba untuk mendekatkan diri kepada-NYA dan berjuang melawan perasaan dan nafsu"...




#Alangkah bahagianya jika boleh mengucapkan selamat tinggal kepada dosa! Katakan kepada diri: "saya ciptakan Allah terlalu baik untuk membuat kemungkaran."

Wednesday 22 May 2013

HARI-HARI IALAH HARI KEKASIH


  

     Hari kekasih selalunya disambut setiap tahun sekali pada 14 Febuari...Hari eksploitasi dan manipulasi dimana rasa cinta untuk menderhaka kepada pencipta cinta. Atas dorongan untuk meraikan cinta kononnya, batas akidah, syariat dan akhlak dilanggar semahu-mahunya. Cinta yang dicipta indah oleh ALLAH yang maha indah menjadi punah. Dikotori oleh pemujanya seperti kera yang merosakkan bunya. Cinta yang suci untuk tujuan yang suci telah dicemari. Cinta yang menfokuskan seks-yakini cinta yang diilhamkan oleh tuhan kepada haiwan itulah yang dipuja oleh manusia yang bertamadun.





*HARI KEKASIH*

   Sebenarnya, perayaan hari kekasih bukan semata-mata perayaan luaran sahaja. Ia datang dalam bentuk pakej yang menyarang remaja secara multidimensi. Ia datang dengan idea kebebasan tanpa batas seperti pendedahan aurat, pergaulan lelaki dan wanita secara bebas, tarian, lagu dan unsur-unsur hedonisme yang cukup membahayakan. Persoalannya, mengapa hari kekasih dilarang untuk disambut oleh orang islam??? Sebab sejarah sambutan itu sendiri sudah dikaitkan dengan sesuatu yang bertentangan dengan akidah. Apabila kita turut merayakannya, seolah-olah kita juga turut merelakan atau meredai kebenaran akidah mereka.


*SALAH SANGKA*

   Pada waktu inilah budaya barat mencelah. Remaja menyangka budaya barat penawar yang akan memberi hiburan dan kenangan padahal ia racun yang sangat berbisa. Bukan sahaja masalah yang sedia ada pun akan semakin membesar. Itulah bahana budaya barat yang menawarkan kepada remaja produk yang bernama VELENTINES DAY. Malangnya, produk inilah yang sentiasa dipromosikan dan diiklankan sehingga menjadi budaya secara langsung ataupun tidak. Apabila sudah menjadi budaya, yang palsu nampak benar, yang salah nampak indah dan hebat. Kesan yang paling berkesan dan cepat ialah kita akan menyerupai mereka dari segi cara berfikir, emosi dan jiwa, akhirnya, ini akan mempengaruhi tingkah laku dan kelakuan. 




#"say no to valentines day".."Islam hanya membenarkan rasa kasih itu dijalinkan dalam bentuk ikatan yang sah agar rasa cinta dibina atas asas-asas yang kukuh, mulia dan terhormat."

Tuesday 21 May 2013

KENAL  AKAL

      
       "Akal menjadi aset penting bagi manusia. Kalau bukan kerana akal menduduki tempat sebaik-baik ciptaan ALLAH sebagaimana firman-NYA yang bermaksud "sesungguhnya kami menciptakan manusia sebaik-baik kejadian"(surah al-Tin 95:4)






~*FAKTA MENARIK TENTANG OTAK MANUSIA

1. 80% daripada struktur otak terdiri daripada air. Jadi, minum air dalam kuantiti yang yang secukupnya penting untuk otak.

2. Walaupun saiz otak hanya 2% sahaja daripada saiz badan manusia, namun ia memerlukan kira-kira 20% oksigen yang dipindahkan melalui salur darah.

3. Alkohol boleh memudaratkan otak dengan cara melemahkan hubungan antara neuron (sel otak)

4. Saiz dan berat jirim otak tiada kaitan dengan kemampuan otak berfikir. Buktinya, Neuroscience letters melaporkan bahawa berat otak Albert Einstein hanya 1230 gram berbanding berat purata otak lelaki dewasa iaitu 1400 gram, namun daya berfikir beliau melangkaui kemampuan menusia biasa.

#memahami akal dari A hingga Z boleh membantu kita menjaga akal sebaiknya, bahkan kita mampu mengoptimumkan fungsinya. Impaknya, kita mampu menjadi golongan intelek..:) genius iQ

Saturday 18 May 2013

TIPS "3TCIPTA KEBAHAGIAN DALAM KELUARGA


  • TOUCH (SENTUHAN) -- Sentuhan bentuk kejiwaan atau fizikal. Luahan, penyataan dan belaian ialah kata kunci kekeluargaan yang tidak boleh diabaikan oleh ahli keluarga sama ada ibu, bapa atau anak-anak. Lihat dan tanya hati, adakah sudah benar-benar memberikan sentuhan hati..


  • TIME (MASA) -- Kualiti masa dalam bentuk "kebersamaan" adalah suatu hubungan yang sangat penting untuk diteliti. Pentingkan kualiti masa itu lebih daripada kuantiti masa bersama keluarga. Pilihan ditangan sendiri. Bagaimana diri sendiri??? Sibukkah sehingga 'tiada' masa untuk diluangkan bersama..

  • TALK (BICARA) -- Komunikasi melalui tutur bicara ialah komunikasi yang sangat penting   dalam pembinaan perhubungan kemanusiaan dan kekeluargaan. Kelompangan aspek ini terlihat ketara dalam masyarakat hari ini, bahkan senda gurau, gelak tawa dan senyuman yang tawar, hambar dan hilang serinya dalam institusi kekeluargaan hari ini...






#copy-paste........toward happy family :)






Tuesday 14 May 2013

BAGAIMANA MEMBINA  JATI DIRI?


  • KEYAKINAN YANG TINGGI
          ~Tidak mudah terpengaruh     
          ~Berwawasan dan berpandangan jauh.

          ~Idea kritis.
          ~Bersedia menerima sesuatu dalam sebarang keadaan
          ~Sentiasa tunaikan kewajipan.


  • LATIHAN BERDIKARI
          ~Tidak bergantung kepada orang lain.
          ~Berani mengambil risiko.
          ~Berani ke hadapan.
          ~Sanggup bekerja keras.

  • SABAR DAN TABAH
          ~Kuat pergantungan kepada Allah.
          ~Mudah menerima nasihat.
          ~Bertolak ansur.
          ~Tidak mudah berputus asa.

  • TANAMKAN SEMANGAT KERJASAMA
          ~Mengetepikan kepentingan diri sendiri.
          ~Bersatu hati bekerja dalam kumpulan.
          ~Meletakkan ketua dan pengikut dengan fungsi masing-masing.
          ~Bertoleransi dalam hal-hal remeh temeh.

  • TETAP PENDIRIAN
          ~Hujah dan idea yang bernas.
          ~Tegas dengan keputusan.
          ~Bertanggungjawab dengan tindakan.
          ~Bijak membuat keputusan.

  • BINA SEMANGAT JUANG
          ~Berani dan berdaya saing
          ~Bersungguh-sungguh dan tekun
          ~Sanggup berkorban.
          ~Aktif dalam setiap aktiviti.
#jati diri mmg sukar dibentuk oleh seseorang klau tidak dibentuk dari kecil,,pepatah pon ada mengatakan "lentur buluh biarlah dari rebungnya"..bg pgetahuan,tip diatas amat berkesan jikalau diterapkan dengan sebaiknya..:) fikir fikirkan

Saturday 11 May 2013

~ MANFAAT STRES ~


Stres ialah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap ransangan fizikal dan emosi. Oleh sebab itu, stres adalah fitrah manusia. Maksudnya, stres adalah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia.


  • Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  • Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
  • Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  • Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
  • Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  • Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
  • Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan.

So, nak habaq kat sini..dalam apa jua keadaan, lebih-lebih lagi dalam keadaan terdesak, 4 sure la manusia sangat perlukan tuhan dan  kalau indahnya ALLAH sentiasa dekat ngan kita dan juga sentiasa mendengar rintihan hamba-nya ini..ni lah perkara pertama yang perlu diingati, dalam hidup kita perlukan Tuhan    dan perlu bersama-sama-Nya pada setiap ketika dan keadaan...:)

#minda yang cerdas bermula drpd badan yg sihat..*peace

Sunday 31 March 2013

4 POINT

4 Point Menguatkan Badan

  • Makan Daging 
  • Memakai Haruman
  • Kerap Membersihkan Badan/Mandi la..
  • Berpakaian Daripada Kapas
4 Point Melemahkan Badan

  • Banyak Minum Air Ketika Makan
  • Sentiasa Cemas
  • Banyak Makan Bahan Yang Masam
  • Banyak Bersetubuh
4 Point Menajamkan Mata

  • Memandang Warna Hijau
  • Duduk Mengadap kiblat
  • Bercelak Sebelum Tidur
  • Berpakaian Bersih
4 Point Merosakkan Mata

  • Memandang Najis
  • Melihat Orang Dibunuh
  • Melihat Kemaluan
  • Membelakangi Kiblat
4 Point Menajamkan Fikiran(paling penting)

  • Tidak Banyak Berbual Kosong
  • Rajin Bersugi (gosok gigi la)
  • Bercakap dengan Orang Soleh
  • Bergaul Dengan Para Ulama

Monday 18 March 2013

Analisis_FAKTA!!

ORANG TUA TIDAK RAMAI



Jika dilihat serta dikaji secara amnya,,statistik jumlah manusia yang hidup pada satu-satu masa di dunia ini,,, kita akan dapati jumlah orang tua sangat sedikit berbanding orang muda. 

Kenapa?? ini kerana ramai manusia yang tidak sempat tua. Sewaktu muda lagi, ramai yang telah meninggal dunia.

Jadi, jika menunggu sudah tua baru nak beribadah, bertaubat dan melakukan kebaikan....kemungkinan besar ramai yang tidak akan sempat kerana terlebih  dahulu dipintas oleh kematian. sanggup tanggung risiko ini??? tanya diri masing-masing..

Kesimpulannya,,setiap manusia haruslah bersedia dengan amal ibadah disamping menikmati serta menggunakan masa muda dengan sebaik-baiknya..


#peringatan ikhlas dari admin terutamanya golongan muda..(",)

Sunday 17 March 2013

masa (",)


      Terdapat dua pandangan berbeza pada maksud masa. Satu pandangan yakni masa adalah linear dan sebahagian dari struktur asas alam semesta, satu matra berlakunya peristiwa dalam rangkaian, dan masa itu sendiri adalah sesuatu yang boleh diukur. Ini adalah pandangan realis, iaitu Sir Isaac Newton sendiri.

      Pandangan bertentangan iaitu masa sebahagian daripada struktur intelek asas yang kita rangkaikan peristiwa dalamnya, kuantitikan tempoh peristiwa dan hentian antara mereka, dan bandingkan gerakan jasad. Dalam pandangan ini, masa tidak merujuk pada sebarang entiti yang "mengalir", yakni jasad "bergerak melalui", atau suatu "kontena" untuk peristiwa. Pandangan ini adalah dalam tradisi Gottfried Leibniz dan Immanuel Kant,dalam suatu masa, berbanding dari menjadi benda objektif untuk diukur, ia sebahagian dari sistem ukuran minda. Persoalannya, mungkin akan lebih mudah untuk tiada asas berpusat, maka, adakah masa "benda sebenar" yang "di sekeliling kita", atau ia tiada hanya lebih dari cara bertutur tentang dan mengukur peristiwa?

     Dalam fizik, masa dan ruang dianggap asas (cth. mereka tak boleh ditakrifkan dalam istilah lain). Demikian hanya takrifan kemungkinan ini suatu beroperasi iaitu masa ditakrifkan oleh proses ukuran dan oleh unit yang terpilih. Peristiwa bertempoh dan gerakan bertempoh telah lama berkhidmat sebagai piawai untuk unit masa. Contoh berikut adalah gerakan nyata matahari di langit, fasa bulan, ayunan bandul, degupan jantung, dan, semasanya, penukaran susunan dalam atom Cessium.

     Masa telah lama menjadi subjek utama sainsfalsafah, dan seni. Ukuran masa telah menghuni saintis dan ahli teknologi, dan adalah motivasi perdana dalam astronomi. Masa juga dari kepentingan masyarakat jelas, mempunyai nilai ekonomi ("masa itu emas") baik juga nilai peribadi, berpunca dari kesedaran dari masa yang terhad dalam setiap hari dan dalam jangka hidup manusia.