burung terbang



Friday 24 May 2013

SAYA PERLU DAN MAHU BERUBAH!!

ASSALAMUALAIKUM kepada pembaca yang disayangi semua. Masya-Allah kali pertama bertemu memang teruja, walaupun pertemuan kita cuma dalam tulisan. Namun saya pasti sedikit sebanyak dengan tulisan dari hati akan ada ukhuwah yang lahir antara kita. Insya-Allah....





>BERSEDIA BERUBAH<

          Sejujurnya apabila orang tanya bagaimana mahu berubah, jawapannya begini: 'Saya juga masih merangkak dan bertatih, sama sahaja seperti anda semua.' Jadi, apa yang patut dilakukan? Pertama, perlulah letakkan Allah s.w.t. dan kemahuan diri sendiri di tangga teratas. Itulah yang menentukan kejayaan perubahan diri yang berterusan. Tanya kepada diri betapa seriusnya kita mahu berubah. Adakah kita sudah sanggup meninggalkan segala kejahatan dan dosa? Apakah perkara yang kita perlu, bukan mahu? Tenungkanlah lama-lama dan mulakan langkah tersebut.
          Adakah kita bersedia untuk menggantikan kemungkaran itu dengan nikmat kemanisan iman dan ketenangan jiwa? Tanya kepada diri 100 kali sehari setiap hari. Jika tidak bersedia, mengapa? Apa yang perlu lakukan? Apa halangannya? kaji diri sendiri lebih baik daripada sibuk mengkaji orang lain.
          




>KUMPULAN SOKONGAN<

          Benar, banyak perkara sukar dilakukan jika bersendirian. 'Support Group' sebenarnya sangat penting. Seperti mereka yang mahu tabiat minum arak di barat, kumpulan 'Alcoholic Anonymous' memberi sokongan dan dorongan kepada mereka. Sudahkah kita membentuk sokongan kumpulan sokongan untuk membantu mereka yang benar-benar mahu berubah? Sedih kerana kadangkala sebaliknya berlaku. Apabila ada yang mahu berubah kerana perubahan itu kecil atau belum cukup sempurna, semakin banyak syarat, arahan, kata sinis dan perlia diberikan.
          Kepada yang mahu berubah pula, ada ramai manusia diluar sana yang sudi membantu. Usah duduk diam di dalam kamar sendiri, seperti juga urusan jodoh dan rezeki yang tidak datang bergolek. Hadiri kuliah dan dapatkan rakan baru supaya diri lebih kuat melawan seribu satu godaan. Hakikatnya, kita sentiasa memerlukan antara satu sama lain kerana peringatan itu berguna untuk orang beriman.



luahan:"setiap hari dalam hati aku ini selalu memainkan perasaan untuk berubah, bahkan aku sendiri sedar bahawa setakat hanya sedar dari hati sahaja tetapi tiada perbuatan tak berguna jugak. tetapi aku terus mencuba untuk mendekatkan diri kepada-NYA dan berjuang melawan perasaan dan nafsu"...




#Alangkah bahagianya jika boleh mengucapkan selamat tinggal kepada dosa! Katakan kepada diri: "saya ciptakan Allah terlalu baik untuk membuat kemungkaran."

No comments:

Post a Comment