burung terbang



Saturday 11 May 2013

~ MANFAAT STRES ~


Stres ialah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap ransangan fizikal dan emosi. Oleh sebab itu, stres adalah fitrah manusia. Maksudnya, stres adalah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia.


  • Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  • Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
  • Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  • Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
  • Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  • Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
  • Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan.

So, nak habaq kat sini..dalam apa jua keadaan, lebih-lebih lagi dalam keadaan terdesak, 4 sure la manusia sangat perlukan tuhan dan  kalau indahnya ALLAH sentiasa dekat ngan kita dan juga sentiasa mendengar rintihan hamba-nya ini..ni lah perkara pertama yang perlu diingati, dalam hidup kita perlukan Tuhan    dan perlu bersama-sama-Nya pada setiap ketika dan keadaan...:)

#minda yang cerdas bermula drpd badan yg sihat..*peace

No comments:

Post a Comment