burung terbang



Saturday, 31 October 2015

PENGARUH PENGGUNAAN GADJET

Perkembangan teknologi sekarang ini sangat pesat. Banyak teknologi canggih yang telah dicipta, seperti gajet. Gajet merupakan peranti elektronik kecil yang mempunyai fungsi khusus. Dalam Bahasa Melayu, gajet disebut sebagai "alat". Salah satu hal yang membezakan gajet dengan peranti elektronik lain adalah unsur "kebaruan". Hal ini kerana dari hari ke hari gadjet selalu muncul dengan menyajikan teknologi terbaru yang membuat hidup manusia menjadi lebih praktikal.  Kemajuan teknologi membuat perubahan yang begitu besar dalam kehidupan manusia dalam pelbagai bidang dan memberi kesan yang begitu besar pada nilai-nilai kebudayaan. Sekarang ini setiap orang diseluruh dunia pasti sudah mempunyai gadjet. Tak jarang kalau sekarang ini banyak orang yang mempunyai lebih daripada 1 gadjet. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.


Pengguna gadjet bukan saja dari kalangan pekerja, tetapi sekarang ini hampir semua kalangan menggunakan alat dalam melakukan aktiviti seharian. Hampir setiap orang yang menggunakan gadjet ini menghabiskan masa terluang mereka dengan melakukan aktiviti seharian lain seperti bersenam, berjoging, memancing dan sebagainya. Kecenderungan masyarakat yang hidup bergantung dengan gadjet yang dimiliki inilah yang membuat hal ini menarik dan terpengaruh untuk diteliti dan kerana peminat gadjet yang terlalu banyak. Padahal beberapa tahun yang lalu, gadjet hanya di pakai oleh golongan ternama seperti "businessman" iaitu dari kalangan menangah ke atas. Namun, pada masa kini, setiap orang sudah memiliki gadjet masing-masing tanpa mengira peringkat umur dan pekerjaan.

antara gadjet yang terdapat pada masa kini
Gadget adalah sebuah teknologi ataupun inovasi yang memiliki banyak manfaat kepada manusia. Antara salah satunya ialah dapat membantu dan mempermudah pekerjaan seseorang. Pada era teknologi yang sudah canggih ini, gadget merupakan salah satu keperluan kepada seseorang. Bermula daripada kanak-kanak dalam usia awalan tahun sehingga golongan dewasa sudah pasti mempunyai alat ini. Apatah lagi di era sekarang ini, gadget sudah berkembang dengan aplikasi yang canggih dan rata-rata yang diperlukan sudah terdapat di gadget atau apa-apa yang kita ingin lakukan juga dapat ditunaikan. Maka dari itu, ramai orang yang menggunakan gadget ini selain sebagai keperluan dalam membantu menyelesaikan pekerjaan tetapi juga untuk komunikasi serta mendapatkan informasi.
setiap orang sibuk dengan gadjet masing-masing tanpa mengendahkan orang lain
Setiap orang sibuk dengan gadjet masing-masing tanpa mengendahkan orang lain


Bukan itu sahaja tetapi gadget ini juga telah menyerap ke dalam dunia pendidikan sehinggakan pelajar lebih gemar menggunakan gadget berbanding buku. Hampir sebahagian besar pelajar mempunyai sebuah gadget. Penggunaan gadget mempunyai beberapa manfaat terutama di kalangan pelajar, salah satu daripadanya ialah sebagai e-mel. E-mel adalah salah satu kemudahan yang sering digunakan terutamanya oleh pelajar, dengan adanya gadjet,  proses pembelajaran antara pensyarah dengan pelajar lebih mudah seperti menghantar dan menerima tugasan kuliah. Di samping itu, gadget juga banyak memudahkan pelajar dalam mencari bahan-bahan rujukan kursus disamping turut memudahkan pelajar dalam melakukan sesuatu tugasan. Penggunaan gadjet membolehkan pelajar dapat melakukan kerja dengan baik dan lebih efisien. Sebagai contoh, subjek Sains Komunikasi yang perlu dikemaskini tentang berita yang sedang berlaku supaya tidak terlepas berita ini. Pelajar menggunakan alat  canggih ini untuk mengakses maklumat di mana atau bila-bila masa sahaja. Malangnya, tidak semua pelajar menggunakan alat dengan cara yang positif. Terdapat beberapa pelajar yang menyalahgunakan gadjet tersebut.
                                                                                                                                                   Kecenderungan penyalahgunaan terhadap gadget juga dapat dilihat pada mahasiswa yang tidak pernah terlepas dari gadget mereka samaada smartphone atau laptop. Lazim sekali kita selalu jumpa mahasiswa yang sentiasa membawa smartphone di tangan mereka kerana sememangnya teknologi zaman sekarang sangat canggih. Semua informasi dan hal-hal yang berkaitaan semasa atau up to date dapat diketahui dengan cepat tanpa mengira sempadan globalisasi. Segala maklumat tersebut dapat diakses dengan hanya melalui smartphone malah, kepenggunaannya juga amat dirisaukan kerana kemungkinan terdapat penyalahgunaan. Misalnya, laptop yang dibenarkan pada waktu kuliah sememangnya dimanfaag untuk keperluan kuliah, namun kadang kala disalahgunakan oleh beberapa mahasiswa untuk melakukan perkara lain seperti online untuk keperluan pribadi. 
salah satu gadjet adalah telefon pintar

       Gadjet sangat penting bagi kehidupan manusia terutamanya untuk berkomunikasi, mengisi masa terluang, menambahpengetahuan, pendidikan, perniagaan, dan lain-lain. Kebanyakkan orang selalu bergantung pada gadjet dalam melakukan suatu perkara seperti mencari maklumat tanpa merujuk kepada sumber yang lain. Hakikatnya, maklumat yang diambil dan digunakan adalah kurang tepat dan jauh daripada fakta sebenar. Disamping itu, pelajar tidak mahu kelihatan keliru dengan konsep ketinggalan zaman dan dengan adanya gadjet adalah penting bagi mereka. Pelajar-pelajar yang menggunakan gadjet adalah untuk mengekalkan reputasinya. Mereka berasa bangga apabila memiliki alat yang canggih. Kenyataan yang sebenar-benarnya berlaku adalah seseorang tidak boleh hidup tanpa gadjet dan hal ini menjadi kebiasaan sehingga berasa janggal sekiranya gadjet tidak terdapat dalam tangan.
kanak-kanak juga terpengaruh dengan penggunaan gadjet
manusia tidak boleh hidup tanpa gadjet

komunikasi dalam keluarga tidak wujud disebabkan penggunaan gadjet tersebut

Monday, 5 October 2015

KESESANGRAAN  HIDUP  ETNIK  ROHINGYA


Etnik Rohingya merupakan kaum minoriti di Myanmar dan Bangladesh, kebanyakan tidak mempunyai kewarganegaraan yang sah. Jumlah penduduk menurut taksiran PBB mencapai kira-kira 1.3 juta orang dan kebanyakan bermukim di negara bahagian Rakhine yang tergolong paling miskin di Myanmar. Minoriti Rohingya beragama Islam, sementara majoriti warga Myanmar beragama Buddha.Walau sudah bermukim di Myanmar selama beberapa generasi, anak cucu keturunan Rohingya tetap dipandang sebagai pelarian haram dari negara jiran Bangladesh, Di pihak lain, Bangladesh juga tidak mengiktiraf mereka sebagai warga negaranya. Masa ini terdapat kira-kira 300,000 warga Rohingya di Bangladesh, terutama di kawasan sempadan ke Myanmar.

Dalam posting saya kali ini ingin membincangkan tentang kes manusia perahu dari Myanmar iaitu Rohingya. Masyarakat Rohingya berasal dari negara Myanmar dan Bangladesh yang terdampar pada laut lepas. Dijumpai oleh nelayan-nelayan dan kapal-kapal yang melalui Laut China Selatan dan Lautan Hindi akhirnya dibawa ke negara terdekat seperti di bahagian Asia Tenggara. Indonesia khususnya Aceh dan Malaysia menjadi negara yang menerima pelarian Rohingya. Para pelarian Rohingya tidak mempunyai kewarganegaraan yang sah sehingga mendapat diskriminasi saat mencari pekerjaan, mendapatkan hak yang mereka perlukan dan melaksanakan kewajipan yang ditetapkan oleh negara mereka bermastautin. Mereka ditempatkan di kem pelarian di Aceh Timur dan Binjai, Sumatera Utara.

Rohingya dan pendatang Bangladesh
 sedang menunggu di atas sebuah bot nelayan.
Sedikit info, antara warga minoriti Muslim Rohingya dengan majoriti Buddhis di negara bahagian Rakhine di Myanmar makin memburuk menjadikan etnik Rohingya menjadi terpinggir sehingga mereka melakukan pelayaran untuk mencari suaka dan perlindungan. Minoriti Rohingya beragama Islam, sementara majoriti warga Myanmar beragama Buddha. Selain itu, kes perdagangan manusia kerap terjadi di antara masyarakat Rohingya yang didalangi penjahat penyeludup manusia. Banyak yang terjerat sindiket penyeludup manusia dari Thailand. Dengan bayaran cukup tinggi hingga 1,500 US Dollar per orang, para pelarian Rohingya itu kemudian ditampung di kem sementara berhampiran sempadan ke Malaysia. Inilah jalur "trafficking" tradisional para pedagang manusia.

Jika bernasib baik, mereka boleh melintas ke Malaysia dan mencari pekerjaan di sana, seperti kira-kira 30,000 warga Rohingya yang beruntung. Jika naas, para pelarian ini mati dibunuh penjahat penyeludup manusia. Negara ASEAN tengah mendalami kes penyeludupan manusia khususnya dilakukan kepada etnik Rohingya. Persoalannya, tragedi kemanusiaan Rohingya terus terjadi, adakah lebih baik jika bubarkan saja ASEAN?. Negara-negara ASEAN diminta segera mencari solusi terkait pengungsi Rohingya. Fenomena Rohingya merupakan tragedi kemanusiaan yang sangat memprihatinkan. Dikatakan dia, penolakan atas kehadiran imigran Rohingya oleh berbagai negara di Asia membuat nasib mereka semakin  tidak menentu. Mereka sangat terpaksa keluar dari wilayahnya, berhari-hari terapung di tengah lautan sebab sudah tidak ada lagi jaminan keamanan. Penganiayaan dan pembunuhan terus menimpa umat Muslim minoritas di Myanmar sehingga peristiwa demi peristiwa kemanusiaan yang terjadi di Rohingnya menandakan kelembagaan ASEAN tidak efektif dalam berkoordinasi. Kalau seperti ini terus bubarkan saja ASEAN.

 Antara cerita yang sangat menyayat hati untuk mendengarnya ialah berita tentang kematian anak berusia 15 tahun yang bernama Nur Husein disiksa oleh penjahat penyeludup manusia hingga meninggal dunia. Padahal orang tuanya sudah memberikan wang tebusan kira-kira 150,000 Taka Bangladesh bersamaan RM8571.96 ringgit Malaysia. Ia diculik dari Thailand dibawa ke Malaysia. Selepas ditemui oleh polis Malaysia dan dibawa ke rumah sakit oleh pelarian Rohingya di sempadan Malaysia, rumah sakit tidak menerima pesakit kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap. Ini adalah salah satu contoh fenomena manusia yang berusaha berjuang bertahan hidup selepas lari dari kekejaman Buddha Myanmar dan masuk dalam jeratan kebiadaban mafia perdagangan manusia.

Dari uraian yang dijelaskan, makna yang dapat diambil adalah kita tidak boleh mendiskriminasi suatu kaum walaupun dari beza bangsa, agama, suku dan adat istiadat. Walaupun mereka menjadi minoriti tidak ada salahnya jika mereka bersatu dengan kaum majoriti agar terciptanya kedamaian dan tidak ada perselisihan di antara mereka. Memang negara Myanmar tidak menganut semboyan Bhinneka Tunggal Ika namun dapat digaris bawahi bahawa persatuan itu penting dan saling menghormati amat umat beragama untuk mewujudkan suasana damai dan sejahtera. Saya akhiri coretan ini dengan sebuah lagu khas untuk semua etnik rohingya.


Selamat Malam Rohingya - Sahabat

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

Selamat malam
         Rohingya
Meski lenamu
        disisi mayat
Jangan menangis
        sahabat
Ini Tuhan
        mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahtera lah selalu

Selamat malam Rohingya
Esokkan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu disisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu.

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu

Sejahteralah selalu. Sekian dari postingan saya, Semoga Bermanfaat.
Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.



Sunday, 26 May 2013

ATASi MENGANTUK KETiKA BELAJAR


Ramai yang menyalahkan buku dengan mengatakan ia bosan. Ada juga yang menyalahkan suasana bilik yang terlalu sejuk atau amat panas. Tidak kurang juga yang menuding jari kepada guru, kononnya tidak bijak mencungkil minat untuk kita belajar. Apa pun alasan, masalah mengantuk ini mesti diatasi. Jika tidak, apa yang telah ditelah ditelaah pasti tidak diperoleh, sia-sia segala maklumat dan pasti kita tidak beroleh manfaat. 





1. MAKAN TERLALU BANYAK SEBELUM TIDUR
   Betul, makanan membekalkan tenaga. Tetapi makanan terlalu banyak bakal menghabiskan tenaga di otak dek kerana badan menumpukan kepada proses penghadaman makanan tersebut. Dengan kata lain, andai makan berlebihan sebelum belajar, minda seperti tidak bersedia untuk belajar dan ini yang menyebabkan mengantuk.

2. TIDUR YANG TIDAK CUKUP
   Semua orang tahu tentang hal ini tetapi ramai yang tidak ambil peduli. Ramai antara kita suka belajar sehingga larut malam dengan alasan untuk belajar dengan penuh tekun dan fokus. Akhirnya, hari esok menjadi hari huru-hara. Mana tidaknya, solat subuh terlewat, terpaksa pula bergegas untuk bersiap ke sekolah., suasana pagi yang tenang bertukar menjadi kelam kabut dan akhirnya hari bemula dalam keadaan yang negatif. Tekanan "menghodohkan" semangat juang dan tidak cukup dengan itu, apabila mula mengadap buku, mulalah mengantuk.

3. TIDUR YANG TIDAK CUKUP-CUKUP
   Bunyi yang number 2 tadi macam nak sama tapi lain cikit. Fenomenanya ini agak pelik tetapi ramai juga orang yang terjebak dengan masalah ini. Asal ada masa terluang ja, mesti nak tidur. Dan yang lebih syahdunya, apabila ada yang menggunakan alasan untuk 'khailulah' apa tu?? 'tidur sekejap sebelum zohor'...Malangnya, siapa 'berkhailulah' sampai ke lewat asar! Ini menyebabkan kitaran waktu rehat dalam tubuh menjadi keliru. Akibatnya anda akan mengantuk tanpa mengikut waktu apatah lagi tatkala mata mengadap buku!


4. MAKAN SEKADAR KEPERLUAN
   Mengikut sunah Nabi ketika makan mengatakan "makanlah ketika lapar dan berhentilah ketika kenyang" insya-Allah sedikit membantu memberi fokus terbaik ketika belajar. Sebagai peringatan, jangan ambil asam atau jeruk, dengan itu sebenarnya sedang mengurangkan juga kekuatan memori dan daya fikir..




5. JAGA MASA TIDUR
   Allah meciptakan tidur itu untuk merehatkan badan. Maka apabila sampai masa untuk tidur, tidurlah dengan selesa. Jangan terlebih ataupun terkurang. Tidur yang baik adalah mengambil masa selama  6 jam hingga 8 jam sehari. Tak payah la sangat bersengkang mata dengan alasan untuk belajar kerana waktu sebegitu, sebenarnya rehat yang secukupnya untuk hari esok yang lebih positif dan bersemangat. Takut nanti bukannya nak membaca sangat tetapi sekadar melihat buku sahaja..

6. TIDUR APABILA TERLALU MENGANTUK
   Apabila terlau mengantuk kerana terlalu penat melakukan sesuatu, maka tidurlah sebelum duduk di meja studi. Cuma bagi yang mengantuk tanpa alasan yang kukuh, apa kata cuba kaedah ini. Tidur tetapi tidak perlu untuk berbaring, sekadar tidur menongkat dagu di meja studi. Pejamkan mata. Insya-Allah, apabila tangan sudah tidak mampu menongkat kepala dan sudahnya pasti terganggu dengan insiden itu. Insya-Allah, insiden itu akan membuatkan mata menjadi bulat semula. Tambahan pula apabila mata dibuka, kita terlihat buku dan tugasan diatas meja.

7. BELAJAR DENGAN AKTIF
   Dengan kata lain, elakkan membaca dengan menggunakan mata. Ops, so nak guna apa?? Gunakan mata untuk melihat, mulut untuk membaca dengan kuat, tangan untuk mencatat atau menggariskan isi penting dan kaki untuk bangun sambil studi ketika mula boring. Insya-Allah dapat mengatasinya dengan sempurna.

8. BERDOA
   Last of all, berdoa dan merayu kepada yang maha esa sudah semestinya menjadi pendinding yang utama untuk merayu dan meminta pertolongan agar diberikan tenaga dan semangat untuk belajar tanpa sebarang gangguan terutamanya masalah mengantuk ini. Insya-Allah  kita akan dapat mengatasi masalah ini. 




#Belajar bukan nak kuantiti sangat tetapi yang kita mau adalah kualiti belajar....study hard but not too hard OR study smart not hard...peace :) 






Friday, 24 May 2013

SAYA PERLU DAN MAHU BERUBAH!!

ASSALAMUALAIKUM kepada pembaca yang disayangi semua. Masya-Allah kali pertama bertemu memang teruja, walaupun pertemuan kita cuma dalam tulisan. Namun saya pasti sedikit sebanyak dengan tulisan dari hati akan ada ukhuwah yang lahir antara kita. Insya-Allah....





>BERSEDIA BERUBAH<

          Sejujurnya apabila orang tanya bagaimana mahu berubah, jawapannya begini: 'Saya juga masih merangkak dan bertatih, sama sahaja seperti anda semua.' Jadi, apa yang patut dilakukan? Pertama, perlulah letakkan Allah s.w.t. dan kemahuan diri sendiri di tangga teratas. Itulah yang menentukan kejayaan perubahan diri yang berterusan. Tanya kepada diri betapa seriusnya kita mahu berubah. Adakah kita sudah sanggup meninggalkan segala kejahatan dan dosa? Apakah perkara yang kita perlu, bukan mahu? Tenungkanlah lama-lama dan mulakan langkah tersebut.
          Adakah kita bersedia untuk menggantikan kemungkaran itu dengan nikmat kemanisan iman dan ketenangan jiwa? Tanya kepada diri 100 kali sehari setiap hari. Jika tidak bersedia, mengapa? Apa yang perlu lakukan? Apa halangannya? kaji diri sendiri lebih baik daripada sibuk mengkaji orang lain.
          




>KUMPULAN SOKONGAN<

          Benar, banyak perkara sukar dilakukan jika bersendirian. 'Support Group' sebenarnya sangat penting. Seperti mereka yang mahu tabiat minum arak di barat, kumpulan 'Alcoholic Anonymous' memberi sokongan dan dorongan kepada mereka. Sudahkah kita membentuk sokongan kumpulan sokongan untuk membantu mereka yang benar-benar mahu berubah? Sedih kerana kadangkala sebaliknya berlaku. Apabila ada yang mahu berubah kerana perubahan itu kecil atau belum cukup sempurna, semakin banyak syarat, arahan, kata sinis dan perlia diberikan.
          Kepada yang mahu berubah pula, ada ramai manusia diluar sana yang sudi membantu. Usah duduk diam di dalam kamar sendiri, seperti juga urusan jodoh dan rezeki yang tidak datang bergolek. Hadiri kuliah dan dapatkan rakan baru supaya diri lebih kuat melawan seribu satu godaan. Hakikatnya, kita sentiasa memerlukan antara satu sama lain kerana peringatan itu berguna untuk orang beriman.



luahan:"setiap hari dalam hati aku ini selalu memainkan perasaan untuk berubah, bahkan aku sendiri sedar bahawa setakat hanya sedar dari hati sahaja tetapi tiada perbuatan tak berguna jugak. tetapi aku terus mencuba untuk mendekatkan diri kepada-NYA dan berjuang melawan perasaan dan nafsu"...




#Alangkah bahagianya jika boleh mengucapkan selamat tinggal kepada dosa! Katakan kepada diri: "saya ciptakan Allah terlalu baik untuk membuat kemungkaran."

Wednesday, 22 May 2013

HARI-HARI IALAH HARI KEKASIH


  

     Hari kekasih selalunya disambut setiap tahun sekali pada 14 Febuari...Hari eksploitasi dan manipulasi dimana rasa cinta untuk menderhaka kepada pencipta cinta. Atas dorongan untuk meraikan cinta kononnya, batas akidah, syariat dan akhlak dilanggar semahu-mahunya. Cinta yang dicipta indah oleh ALLAH yang maha indah menjadi punah. Dikotori oleh pemujanya seperti kera yang merosakkan bunya. Cinta yang suci untuk tujuan yang suci telah dicemari. Cinta yang menfokuskan seks-yakini cinta yang diilhamkan oleh tuhan kepada haiwan itulah yang dipuja oleh manusia yang bertamadun.





*HARI KEKASIH*

   Sebenarnya, perayaan hari kekasih bukan semata-mata perayaan luaran sahaja. Ia datang dalam bentuk pakej yang menyarang remaja secara multidimensi. Ia datang dengan idea kebebasan tanpa batas seperti pendedahan aurat, pergaulan lelaki dan wanita secara bebas, tarian, lagu dan unsur-unsur hedonisme yang cukup membahayakan. Persoalannya, mengapa hari kekasih dilarang untuk disambut oleh orang islam??? Sebab sejarah sambutan itu sendiri sudah dikaitkan dengan sesuatu yang bertentangan dengan akidah. Apabila kita turut merayakannya, seolah-olah kita juga turut merelakan atau meredai kebenaran akidah mereka.


*SALAH SANGKA*

   Pada waktu inilah budaya barat mencelah. Remaja menyangka budaya barat penawar yang akan memberi hiburan dan kenangan padahal ia racun yang sangat berbisa. Bukan sahaja masalah yang sedia ada pun akan semakin membesar. Itulah bahana budaya barat yang menawarkan kepada remaja produk yang bernama VELENTINES DAY. Malangnya, produk inilah yang sentiasa dipromosikan dan diiklankan sehingga menjadi budaya secara langsung ataupun tidak. Apabila sudah menjadi budaya, yang palsu nampak benar, yang salah nampak indah dan hebat. Kesan yang paling berkesan dan cepat ialah kita akan menyerupai mereka dari segi cara berfikir, emosi dan jiwa, akhirnya, ini akan mempengaruhi tingkah laku dan kelakuan. 




#"say no to valentines day".."Islam hanya membenarkan rasa kasih itu dijalinkan dalam bentuk ikatan yang sah agar rasa cinta dibina atas asas-asas yang kukuh, mulia dan terhormat."

Tuesday, 21 May 2013

KENAL  AKAL

      
       "Akal menjadi aset penting bagi manusia. Kalau bukan kerana akal menduduki tempat sebaik-baik ciptaan ALLAH sebagaimana firman-NYA yang bermaksud "sesungguhnya kami menciptakan manusia sebaik-baik kejadian"(surah al-Tin 95:4)






~*FAKTA MENARIK TENTANG OTAK MANUSIA

1. 80% daripada struktur otak terdiri daripada air. Jadi, minum air dalam kuantiti yang yang secukupnya penting untuk otak.

2. Walaupun saiz otak hanya 2% sahaja daripada saiz badan manusia, namun ia memerlukan kira-kira 20% oksigen yang dipindahkan melalui salur darah.

3. Alkohol boleh memudaratkan otak dengan cara melemahkan hubungan antara neuron (sel otak)

4. Saiz dan berat jirim otak tiada kaitan dengan kemampuan otak berfikir. Buktinya, Neuroscience letters melaporkan bahawa berat otak Albert Einstein hanya 1230 gram berbanding berat purata otak lelaki dewasa iaitu 1400 gram, namun daya berfikir beliau melangkaui kemampuan menusia biasa.

#memahami akal dari A hingga Z boleh membantu kita menjaga akal sebaiknya, bahkan kita mampu mengoptimumkan fungsinya. Impaknya, kita mampu menjadi golongan intelek..:) genius iQ

Saturday, 18 May 2013

TIPS "3TCIPTA KEBAHAGIAN DALAM KELUARGA


  • TOUCH (SENTUHAN) -- Sentuhan bentuk kejiwaan atau fizikal. Luahan, penyataan dan belaian ialah kata kunci kekeluargaan yang tidak boleh diabaikan oleh ahli keluarga sama ada ibu, bapa atau anak-anak. Lihat dan tanya hati, adakah sudah benar-benar memberikan sentuhan hati..


  • TIME (MASA) -- Kualiti masa dalam bentuk "kebersamaan" adalah suatu hubungan yang sangat penting untuk diteliti. Pentingkan kualiti masa itu lebih daripada kuantiti masa bersama keluarga. Pilihan ditangan sendiri. Bagaimana diri sendiri??? Sibukkah sehingga 'tiada' masa untuk diluangkan bersama..

  • TALK (BICARA) -- Komunikasi melalui tutur bicara ialah komunikasi yang sangat penting   dalam pembinaan perhubungan kemanusiaan dan kekeluargaan. Kelompangan aspek ini terlihat ketara dalam masyarakat hari ini, bahkan senda gurau, gelak tawa dan senyuman yang tawar, hambar dan hilang serinya dalam institusi kekeluargaan hari ini...






#copy-paste........toward happy family :)